VALVERDE puji semangat Messi. FOTO/AFP
VALVERDE puji semangat Messi. FOTO/AFP
AFP

MADRID: Lionel Messi meledak gol peribadi ke-400 dalam saingan La Liga, ketika Barcelona membenam Eibar 3-0, untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan kelebihan lima mata, awal pagi tadi.

Jumlah jaringan menakjubkan Messi ini disifatkan pengendali Barca, Ernesto Valverde sebagai pencapaian yang terlalu hebat.

“Ia memang luar biasa,” kata Valverde selepas pasukannya menang dengan tiga jaringan. “Memang mudah untuk memperkatakan pencapaian itu, tetapi anda perlu sentiasa menjarigkan gol, ia mengambil masa yang lama,”

“Rekod itu berada di kelas tersendiri, sukar dipercayai. Dia (Messi) datang dari galaksi lain,”

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Valverde kini melebarkan kelebihan ke atas Atletico Madrid, yang sebelum itu mengurangkan jurang kepada dua mata, selepas menumpaskan Levante dalam perlawanan awal.

"Perjalanan masih jauh,” kata Valverde said. "Ia satu kedudukan yang agak baik, tetapi perjuangan kami masih belum selesai,”

Real Madrid juga menang ke atas Real Betis, - sekaligus memastikan tiga kelab utama Sepanyol itu menang serentak buat kali keempat sepanjang musim ini. Namun, Real kekal ketinggalan 10 mata di belakang Barca.

Messi, yang mencetak nama selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman, kini mendahului senarai dengan kelebihan 89 gol mengatasi Cristiano Ronaldo.

MESSI ledak gol peribadi ke-400. FOTO/AFP
MESSI ledak gol peribadi ke-400. FOTO/AFP

Ronaldo, yang kini bersama Juventus memiliki jumlah purata gol lebih baik, apabila meledak 311 gol dalam 292 perlawanan. Messi pula beraksi dalam penampilan ke-435.

Pada usia 31, kapten Barcelona itu dikatakan mampu merekodkan 500 gol, tetapi jumlah itu masih terlalu jauh untuk dicapai. Dia kini sudah mengharungi 17 perlawanan liga musim ini dan mampu muncul selaku penjaring terbaik buat kali keenam.

Hakikatnya, pencapaian Messi pada awal pagi tadi agak merosot jika dibandingkan dengan aksi cemerlang Suarez atau Philippe Coutinho yang lebih layak mendapat pujian.

Suarez mencipta bantuan gol untuk Messi, dan dia sendiri menampilkan aksi penyudah yang cukup menarik dengan meledak dua gol

Coutinho juga terbabit dalam jaringan itu dan banyak mencetuskan impak besar ketika memastikan kemenangan Barca - sekaligus mengenepikan isu mengenai masa depannya di kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 9:04 AM