Aksi Rafael Nadal berdepan Daniel Evans saingan kejohanan Piala Rogers di Stadium IGA, Quebec, Kanada. FOTO AFP
Aksi Rafael Nadal berdepan Daniel Evans saingan kejohanan Piala Rogers di Stadium IGA, Quebec, Kanada. FOTO AFP
AFP

PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal mempamerkan aksi bertenaga walaupun perlawanan tertangguh dua jam berikutan hujan ketika menewaskan pemain Britain, Daniel Evans 7-6 (8/6), 6-4 untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan Piala Rogers, di Quebec, Kanada, pagi ini.

Dengan laporan keadaan cuaca yang tidak menentu beberapa hari ini, pemain kelahiran Sepanyol yang juga pilihan utama sedar akan saingan berdepan lawan ketika juara 18 kali Grand Slam mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Kanada itu.

“Hari ini, perkara utama adalah kemenangan. Saya sudah bermain dan lebih banyak berlatih atau kurang persediaan. Kini masanya untuk bersaing,” kata Nadal

“Hari ini saya bersaing sengit untuk terus mara ke peringkat seterusnya. Esok satu lagi cabaran.”

Ujian itu berdepan pemain Argentina, Guido Pella yang menewaskan Radu Albot 6-3, 2-6, 7-6 (7/2).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 11:07 AM