CAHILL gembira meneruskan karier di Palace. — FOTO cpfc.co.uk
CAHILL gembira meneruskan karier di Palace. — FOTO cpfc.co.uk
AFP

BEKAS pertahanan tengah England, Gary Cahill menandatangani kontrak dua tahun bersama Crystal Palace awal pagi tadi selepas meninggalkan Chelsea.

Cahill, 33, tamat kontraknya selepas menghabiskan tempoh tujuh tahun di Stamford Bridge, yang mana dia menang dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan dua Liga Europa.

“Saya bangga untuk berada di sini. Saya fikir ia peluang baik buat saya meneruskan karier dalam Liga Perdana dan untuk bermain dalam pasukan yang bagus serta menarik,” kata Cahill kepada lawan web kelab itu.

“Ada beberapa pemain yang amat mengujakan, berbakat di sini. Saya bersedia untuk berdepan sebarang cabaran.

CAHILL ketika menjulang trofi Liga Perdana bersama Chelsea. — FOTO cpfc.co.uk
CAHILL ketika menjulang trofi Liga Perdana bersama Chelsea. — FOTO cpfc.co.uk

“Saya mahu meneruskan karier saya selama mungkin.”

Cahill meraih 61 penampilan antarabangsa dan bermain buat England ketika di bawah kendalian bos Palace, Roy Hodgson.

“Saya gembira Gary menyertai kami. Dia seorang pemain bola sepak fantastik yang membawa bersamanya pengalaman antarabangsa dan Liga Perdana,” kata Hodgson.

Cahill mungkin melakukan penampilan sulung bersama Palace pada aksi pembukaan Liga Perdana di laman sendiri menentang Everton, Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 10:01 AM