VERSTAPPEN (tengah) bersama Bottas (kiri) dan Hamilton selepas sesi kelayakan di Hungaroring, hari ini. β€” FOTO EPA
VERSTAPPEN (tengah) bersama Bottas (kiri) dan Hamilton selepas sesi kelayakan di Hungaroring, hari ini. β€” FOTO EPA
AFP

MAX Verstappen meraikan petak utama sulung dalam kariernya selepas berakhir sesi kelayakan Grand Prix Hungary di Hungaroring, hari ini.

Pemandu Red Bull itu melakukannya dengan bergaya menerusi catatan rekod sepusingan 1 minit 14.572 saat untuk muncul pemenang petak utama ke-100 dalam sejarah Formula Satu.

Bintang muda Belanda itu, yang memenangi dua daripada tiga perlumbaan terakhir, disertai oleh pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di petak hadapan.

Pendahulu kejuaraan Lewis Hamilton dari Mercedes meraih petak ketiga manakala Charles Leclerc dari Ferrari keempat.

Dengan tujuh kemenangan, Verstappen muncul pemandu pertama Belanda bermula dari petak pertama perlumbaan selepas mengatasi Bottas dengan 0.18 saat.

β€œIa menakjubkan! Ini sesuatu yang belum saya lakukan, kereta berasa bagus sepanjang hujung minggu dan ia mengagumkan!” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 10:56 PM