Barella jaring dua gol buat skuad Itali. FOTO File Agensi
Barella jaring dua gol buat skuad Itali. FOTO File Agensi
AFP

INTER Milan menandatangani pemain kebangsaan Itali, Nicolo Barella dari Cagliari semalam, umum gergasi Serie A itu.

Pemain berusia 22 tahun menyertai pasukan itu musim lalu selepas dipinjamkan untuk jangka panjang, dengan syarat pembelian menerusi lima tahun kontrak.

Menurut laporan media, Inter membayar 10 juta Euro (RM46.43 juta) untuk kontrak pinjaman itu, dan melebihi 40 juta Euro (RM186 juta) bagi perjanjian tetap.

Barella beraksi 112 perlawanan buat pasukan kampung halamannya Cagliari, menjaringkan tujuh gol dan menyumbat dua gol buat Itali dalam tujuh penampilan sejak penampilannya tahun lalu.

Juara Eropah tiga kali layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas penamat keempat di Serie A musim lalu, tersingkir pada peringkat kumpulan tahun lalu dalam penampilan pertama di kejohanan utama kelab elit Eropah sejak 2011-12.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2019 @ 8:16 AM