Frank Lampard
Frank Lampard
AFP

FRANK Lampard semakin hampir untuk kembali semula ke Chelsea sebagai pengurus baharu kelab itu selepas Derby memberikan kebenaran untuk kelab Liga Perdana itu melengkapkan rundingan.

"Kelab Bolasepak Derby County mengesahkan mereka sudah memberikan kebenaran kepada Kelab Bolasepak Chelsea untuk berbincang dengan Frank Lampard mengenai jawatan pengurusan di Stamford Bridge," menurut Derby dalam satu kenyataan.

"Dengan kempen pra-musim semakin hampir, kedua-dua kelab berharap perkara ini akan membenarkan Chelsea untuk melengkapkan perbincangan mereka.”

Lampard adalah penjaring gol terbanyak Chelsea dengan 211 gol beraksi di posisi tengah pada 2001 sehingga 2014 di Stamford Bridge, di mana dia memenangi 13 gelaran utama termasuk tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Begitupun, dia hanya mempunyai pengalaman sebagai pengurus selama semusim mengendalikan kelab Liga Kejuaraan, Derby tetapi berjaya membimbing pasukannya untuk beraksi di Liga Perdana namun terkandas di final play-off.

Chelsea sedang mencari pengurus selepas Maurizio Sarri menyertai Juventus minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 12:19 AM