Ali Reza sahut cabaran empat emas pada Sukan SEA. FOTO NSTP
Ali Reza sahut cabaran empat emas pada Sukan SEA. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain


SUKAR namun ketua jurulatih karate negara, Ali Reza Souleymani sedia merealisasikan empat emas yang disasarkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).

Jelas jurulatih dari Iran berusia 61 tahun itu, anak buahnya akan berdepan cabaran sengit di Sukan SEA Filipina berdasarkan beberapa faktor.

"Saya sudah melihat persiapan negara yang bertanding di Sukan SEA dengan semuanya berusaha keras termasuk Malaysia.

Mereka menyertai pelbagai pertandingan selain menggunakan jurulatih asing.

"Saya juga mengharapkan atlet negara mampu mencapai sasaran emas diletakkan namun pada masa yang sama, saya memerlukan bantuan dari MAKAF dan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Skuad negara ketika ini didominasi atlet muda, jadi mereka memerlukan pertandingan yang banyak sebagai pendedahan selain rakan sepelatih yang baik bagi meningkatkan prestasi," katanya.

Selepas meraih tujuh emas pada edisi 2017, MAKAF meletakkan sasaran empat emas dengan tiga daripadanya menerusi kumite manakala satu lagi menerusi kata.

Filipina pada edisi ke-30 menganjurkan sembilan acara kumite manakala empat adalah acara kata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 5:20 PM