Pemain El Salvador, Marvin Monterroza (depan) dibayangi pemain Curacao pada aksi Piala Emas Concacaf. FOTO AFP
Pemain El Salvador, Marvin Monterroza (depan) dibayangi pemain Curacao pada aksi Piala Emas Concacaf. FOTO AFP
Reuters

EL SALVADOR memulakan kempen Piala Emas Concacaf dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Curacao di Jamaica, pagi ini.

Nelson Bonilla melakukan larian kencang ke arah bola umpanan Oscar Ceren ketika minit akhir separuh masa pertama dan berjaya menyempurnakan jaringan di sudut bawah kanan gawang gol. Jaringan itu sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan pasukan berkenaan.

Aksi kumpulan C berlangsung di Kingston Independence Park adalah sebahagian daripada cara mengembangkan promosi Piala Emas oleh Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Carribean (Concacaf).

Pada masa sama penganjur meningkatkan jumlah penyertaan pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan tahun ini daripada 12 kepada 16 pasukan, penganjur Concacaf memastikan perlawanan berlangsung di Jamaica dan Costa Rica begitu juga di Amerika Syarikat.

Kedua-dua pasukan kini menuju ke Amerika Syarikat, di mana El Salvador akan berdepan Jamaica di Houston pada pagi Sabtu diikuti Honduras menentang Curacao pada hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 9:43 AM