JOSEPH Chipolina sewaktu perlawanan menewaskan Gibraltar 2-0 dalam aksi Kumpulan D kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi. FOTO Reuters.
JOSEPH Chipolina sewaktu perlawanan menewaskan Gibraltar 2-0 dalam aksi Kumpulan D kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi. FOTO Reuters.
Reuters

IRELAND perlu berterima kasih kepada jaringan Joseph Chipolina dan tandukan pemain gantian Robbie Brady pada masa kecederaan untuk menewaskan Gibraltar 2-0 dalam aksi Kumpulan D kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.

Skuad Ireland itu melangkah ke perlawanan itu dengan rekod tanpa kalah di puncak selepas seri 1-1 dengan Denmark di tempat lawan Jumaat lalu dan biarpun mendominasi perlawanan, sukar untuk mereka menemui sasaran di Stadium Aviva.

Penyerang David McGoldrick mencetuskan masalah buat pertahanan pelawat dan percubaan pada minit ke-27 yang ditolak Chipolina ke gawang sendiri memberikan gol pendahuluan buat Ireland.

Skuad tuan rumah mencipta banyak peluang dengan McGoldrick hampir menggandakan kelebihan dengan percubaan yang terkena palang namun lantuannya ditanduk Brady pada minit terakhir.

Denmark tidak berdepan masalah di Copenhagen, dengan Kasper Dolberg menjaringkan gol di antara dua penalti Christian Eriksen dan Yussuf Poulsen dan pemain gantian Martin Braithwaite turut meledak gol untuk kemenangan 5-1 ke atas Georgia.

Ireland mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan dengan Denmark di tangga kedua dengan lima mata daripada tiga perlawanan.

Switzerland yang menduduki tangga keempat Liga Negara Eropah hujung minggu lalu di tangga ketiga dengan empat mata selepas dua perlawanan manakala Georgia tiga mata dan Gibraltar di tempat tercorot tanpa sebarang mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 1:09 PM