Mike (kanan) menerima kunci rumah daripada Khalid (tengah) disaksikan oleh Syed Saddiq (dua dari kiri). FOTO Azlan Muhammad Zain
Mike (kanan) menerima kunci rumah daripada Khalid (tengah) disaksikan oleh Syed Saddiq (dua dari kiri). FOTO Azlan Muhammad Zain
Azlan Muhammad Zain


JAGUH bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, hari ini menerima seunit rumah bernilai RM198,000 susulan pencapaian cemerlangnya di pentas antarabangsa.

Syarul Azman yang turut dikenali sebagai Mike adalah juara dunia pada 2016, 2017 dan 2018 selain empat kali juara Asia.

Rumah berkenaan adalah sumbangan Aset Kayamas Sdn Bhd, berkeluasan 800 kaki persegi terletak di Residensi Jalilmas, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malah ia turut diubahsuai selain dilengkapi perabot dan barangan elektrik bernilai RM30,000.

Majlis penyerahan kunci disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ia dilihat menyelesaikan keresahan atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 46 tahun itu yang masih belum memiliki rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 5:22 PM