Legenda bola sepak Brazil, Pele dikejarkan ke hospital selepas mengalami ‘jangkitan’. FOTO Reuters.
Legenda bola sepak Brazil, Pele dikejarkan ke hospital selepas mengalami ‘jangkitan’. FOTO Reuters.
AFP

LEGENDA bola sepak, Pele dikejarkan ke sebuah hospital di Paris, sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami ‘jangkitan’ tetapi berada dalam ‘keadaan baik’, menurut sumber yang rapat dengannya.

Warga Brazil berusia 78 tahun yang memenangi Piala Dunia tiga kali dirawat bagi ‘demam ringan’ sebelum mengharungi penerbangan jarak jauh ke kediamannya di Brazil, kata sumber itu kepada AFP.

Dipercayai, beliau masih berada di hospital pada petang (waktu tempatan Perancis).

Pele yang memenangi Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970, berada di ibu kota Perancis sebagai penampilan promosi bersama bintang muda Perancis, Kylian Mbappe.

Taraf kesihatan pemain yang dikenali dengan jolokan 'O Rei' dikatakan berada dalam pengawasan yang menyaksikan pertemuannya dengan Mbappe sudah beberapa kali ditangguhkan sejak November tahun lalu.

Sebelum ini, Pele mengakui beliau tidak dapat melaksanakan tugas menyalakan obor bagi upacara pembukaan Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Beliau pernah menerima rawatan di pusat unit rapi pada lewat 2014 akibat masalah hati.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 1:01 AM