Zaquan (kiri) tidak pandang mudah pasukan lawan. FOTO NSTP
Zaquan (kiri) tidak pandang mudah pasukan lawan. FOTO NSTP
Izzali Ismail


PEMAIN sayap Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak mengingatkan rakan sepasukan tidak memandang mudah ancaman kelab Liga Perdana, Selangor United dalam aksi saingan Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

"Saya jangkakan Selangor United akan memberi tentangan hebat. Biasanya mana-mana pasukan bawahan akan berusaha mencari kemenangan apabila bertemu pasukan kelompok utama."

"Kita perlu waspada sepanjang aksi 90 minit nanti.

"Apa saja boleh berlaku apabila berdepan pasukan 'underdog' kerana dalam bolasepak apa sahaja boleh terjadi."

Zaquan juga menyeru rakan seperjuangannya meneruskan rentak momentum seperti dipamerkan pada perlawanan sebelum ini.

"Kelebihan bermain di tempat sendiri selepas pertukaran ke Darul Aman memberi kelebihan untuk Kedah. Kita beraksi lebih yakin dihadapan penyokong sendiri.

"Selain itu, perancangan dan taktikal diatur ketua jurulatih Aidil Sharin Shahak menjadi panduan buat kami mencari kemenangan.

Saya yakin kami akan mempamer aksi terbaik malam ini," katanya.

Kedah akan menggandingkan beberapa 'tenaga baharu' dengan barisan pemain sedia ada dalam usaha memperkuatkan pasukan Hijau Kuning.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 12:43 PM