Pemain Manchester City bersama pengurusnya Pep Guardiola (tengah) memegang trofi Liga Perdana ketika muncul juara musim lalu. FOTO FILE AFP.
Pemain Manchester City bersama pengurusnya Pep Guardiola (tengah) memegang trofi Liga Perdana ketika muncul juara musim lalu. FOTO FILE AFP.
Reuters

MANCHESTER City dijangka mengadakan beberapa perlawanan pra-musim di bandaraya China seperti Nanjing dan Shanghai sekitar Julai ia sebahagian daripada kempen Trofi Liga Perdana Asia, menurut juara kelab Inggeris itu.

City antara empat pasukan terkuat yang bersaingan dalam kejohanan itu bersama-sama Newcastle, West Ham dan Wolverhampton.

Perlawanan pertama City adalah peringkat separuh akhir di Pusat Sukan Nanjing Olympic pada 17 Julai, yang menentukan sama ada beraksi untuk penentuan tempat ketiga atau final di Stadium Hongkou Shanghai pada 20 Julai.

“Kami gembira untuk kembali ke China dan mengambil bahagian dalam Trofi Liga Perdana Asia,” kata Ketua Pegawai Operasi City, Omar Berrada dalam satu kenyataan.

“China adalah tempat yang istimewa buat City - ia adalah tempat (pengurus) Pep Guardiola memulakan tempoh bertugas dengan City pada 2016 dan kami mempunyai sejumlah pengikut yang ramai di sekitar negara itu.”

Bulan lalu, City Football Group (CFG) mengumumkan penggabungan pembelian kelab Liga Dua China, Sichuan Jiuniu FC.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 12:11 AM