Pemain pertahanan Real Betis Sidnei (dua dari kiri) menghalang penyerang Valencia Rodrigo Moreno dalam aksi Piala Raja Sepanyol. (dua dari kanan) FOTO AFP.
Pemain pertahanan Real Betis Sidnei (dua dari kiri) menghalang penyerang Valencia Rodrigo Moreno dalam aksi Piala Raja Sepanyol. (dua dari kanan) FOTO AFP.
Reuters

VALENCIA melangkah ke final Piala Raja Sepanyol buat pertama kali sejak 11 tahun selepas menewaskan Real Betis 1-0 di Stadium Mestalla, pagi ini.

Rodrigo Moreno menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk memastikan Valencia yang memenangi trofi itu pada 2008 mara menerusi agregat 3-2 untuk bertemu juara 30 kali, Barcelona pada final di Stadium Betis' Benito Villamarin, 25 Mei ini.

Barisan pemain pimpinan Marcelino bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan pertama dan tanpa jaringan di gelanggang sendiri mungkin membolehkan mereka layak berdasarkan jaringan di tempat lawan. Kehadiran lawan sedikit sebanyak memberi tekanan dengan barisan tampak bersedia Betis.

Pelawat memperolehi peluang terbaik mendahului jaringan menerusi rembatan Jese namun berjaya diselamatkan penjaga gol Valencia, Jaume Domenech manakala tandukan pertahanan Betis, Aissa Mandi susulan sepakan sudut turut tersasar.

Valencia yang menggandakan serangan akhirnya mendahului dengan gerakan kemas Kevin Gameiro yang membuat umpanan kepada Moreno untuk menjaringkan gol pada minit ke-56.

Penyerang Valencia Rodrigo Moreno (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Real Betis, 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala Raja Sepanyol, pagi ini. FOTO EPA.
Penyerang Valencia Rodrigo Moreno (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Real Betis, 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala Raja Sepanyol, pagi ini. FOTO EPA.

Jurulatih Valencia, Marcelino akhirnya melangkah ke final selepas tewas tiga saingan trofi Piala Raja Sepanyol di peringkat separuh akhir dan satu separuh akhir Liga Europa ketika membawa pasukan Racing Santander, Villarreal termasuk Valencia.

Dia berkata ia adalah hadiah buat pemainnya selepas melalui musim yang sukar, apabila menduduki tempat kesembilan dalam La Liga selepas mencatat 15 seri dalam 25 perlawanan.

“Kemenangan ini ditujukan kepada skuad luar biasa yang banyak terseksa dan layak menerima hadiah ini,” kata Marcelino.

“Pemain layak menerimanya dan begitu juga kelab dan penyokong selepas menunggu 11 tahun (kali terakhir Valencia muncul juara Piala Raja Sepanyol). Semua barisan kejurulatihan layak menerima ini dan kami gembira mara ke final ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 8:06 AM