PEMAIN Bremen meraikan kemenangan mereka. -Foto EPA
PEMAIN Bremen meraikan kemenangan mereka. -Foto EPA
AFP

BERLIN: Hanya tiga mata memisahkan Werder Bremen untuk melayakkan pasukan itu beraksi dalam saingan Liga Europa selepas meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas Augsburg dalam aksi Bundesliga.

Pasukan tuan rumah hanya memerlukan 30 minit untuk selesa di depan 3-0 pada babak pertama sebelum menambah jaringan keempat di hujung permainan.

Bremen menewaskan peneraju Bundesliga, Borussia Dortmund menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Piala Jerman, Rabu lalu dan mereka membawa prestasi sama untuk aksi pagi tadi.

Menyarung jersi istimewa sempena ulang tahun ke-120 kelab berkenaan, perancang tengah dari Kosovo, Milot Rashica membuka tirai jaringan seawal minit kelima.

Disusuli jaringan Johannes Eggestein pada minit ke-27 dan gol kedua Rashica pada minit ke 28. Sebelum Kevin Mohwald memastikan kemenangan selesa pasukan itu pada minit ke-84.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 1:15 PM