NEYMAR (kiri) yang bertongkat mencium anaknya  Davi Lucca ketika tiba di majlis hari jadinya di Paris, awal pagi tadi.
NEYMAR (kiri) yang bertongkat mencium anaknya Davi Lucca ketika tiba di majlis hari jadinya di Paris, awal pagi tadi.
AFP

PARIS: Neymar meraikan sambutan hari lahir ke-27 dengan penuh meriah di samping ahli keluarga, rakan sepasukan di Paris Saint-Germain dan beberapa selebriti terkenal.

DJ Bob Sinclair, penyanyi Brazil-Wesley Safadao dan juara luncur air dunia, Gabriel Medina antara 200 tetamu hadir pada majlis keraian itu yang berlangsung di Pavillon Gabriel berdekatan Champs-Elysees.

Pemain paling mahal di dunia itu ketika ini sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan kaki kanan, menggunakan tema 'Nuit Rouge (malam merah)'.

Antara rakan sepasukan yang hadir adalah kapten pasukan, Thiago Silva dan penjaga gol, Alphonse Areola.

Neymar yang kini berusia 27 tahun bakal terlepas kedua-dua aksi PSG dalam saingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Manchester United apabila mengalami kecederaan metatarsal, bulan lalu.

Neymar berkongsi tarikh lahir bersama pemain bola sepak terkemuka dengan Cristiano Ronaldo berusia 34 tahun hari ini dan Carlos Tevez (35) manakala bekas bintang Romania, Gheorghe Hagi, 54 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 7:57 AM