TCHETCHE (kanan) diasak pemain PKNS, Qayyum Marjoni Sabil pada aksi Liga Super di Kuala Terengganu, Jumaat lalu. - FOTO Rozainah Zakaria
TCHETCHE (kanan) diasak pemain PKNS, Qayyum Marjoni Sabil pada aksi Liga Super di Kuala Terengganu, Jumaat lalu. - FOTO Rozainah Zakaria
Malik Muhamad


IRFAN Bakti Abu Salim terlalu marah dengan persembahan penyerang utama Terengganu FC (TFC) Kipre Tchetche pada aksi sulung Liga Super bertemu PKNS FC, Jumaat lalu.

Pemain bergelar ‘Drogba Ganu’ itu gagal menyengat dan TFC terpaksa bergantung kepada gol Malik Mat Ariff untuk menyelamatkan mereka daripada kalah.

“Saya mahu lebih lagi daripada Kipre, yang mana ini aksi terbaik pemain itu sejak aksi pramusim, yang lainnya hancur, namun dia masih tidak berupaya menghasilkan jaringan.

“Pada perlawanan dengan PKNS itu banyak peluang diperoleh, namun gagal disudahi dengan jaringan,” kata jurulatih TFC, Irfan.

Musim lalu, pemain paling mahal skuad Penyu itu berjaya menjadi ‘mesin’ peledak gol buat pasukannya apabila menghasilkan 24 jaringan dalam kancah Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

“Saya yakin Kipre mampu bangkit memburu jaringan seperti musim lalu terutama dengan kehadiran semula arkitek Lee Tuck yang sebelum ini digantung satu perlawanan.

“Selain Kipre, pemain lain terutama penyerang juga harus lebih tajam di depan gawang serta tidak mensia-siakan peluang terbaik memburu jaringan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 7:45 PM