JIN Wei. FOTO Luqman Hakim Zubir
JIN Wei. FOTO Luqman Hakim Zubir
Datuk Seri Jalani Sidek

Agak ‘panas’ minggu lalu apabila beberapa atlet kebangsaan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Majlis Suka n Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ada yang mengambil keputusan untuk mengundur diri dan tidak kurang juga meluahkan perasaan di media sosial masing-masing.

Semua isu itu dikaitkan dengan rasa tidak puas hati mengenai penstrukturan semula program di bawah MSN yang antaranya menyebabkan atlet menerima elaun lebih rendah berbanding sebelumnya.

Perkara sama juga berlaku dalam arena badminton negara apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri terkejut selepas pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei (gambar) hanya disenaraikan di bawah Tahap 3.

Di bawah penstrukturan semula program kendalian MSN itu, Tahap 1 adalah bagi atlet yang dilihat berpotensi memenangi pingat Olimpik, Tahap 2 (Sukan Komanwel dan Sukan Asia), Tahap 3 (Sukan SEA) dan Tahap 4 (sukan yang tidak dipertandingkan pada temasya sukan utama).

Dalam kes BAM, hanya jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei disenaraikan di bawah Tahap 1 bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, badan induk itu akan menghantar surat rayuan kepada MSN dan mencadangkan sekurang-kurangnya lima pemain lagi bagi disenaraikan dalam Tahap 1.

Kalau tanya saya pun, agak tidak logik juga untuk meletakkan Jin Wei di Tahap 3 sebab dia juga adalah prospek besar untuk layak ke Olimpik.

Di sini saya fikir persatuan sukan kebangsaan seperti BAM harus lebih peka dan memberi penerangan terperinci kepada MSN berhubung prestasi atlet masing-masing.

Saya bimbang MSN hanya membuat keputusan atas pemerhatian mereka tanpa mendapat maklumat lengkap daripada pihak persatuan.

Untuk Jin Wei dan kes-kes lain sepertinya, saya harap BAM sedia mempertimbangkan semula dan meletakkan mereka di tahap lebih baik.

Kepada atlet negara lain yang ada rasa kurang senang juga baik terhadap MSN atau KBS, saya harap anda bersabar dan berfikir secara rasional.

Cuba cari jalan penyelesaian terbaik dulu dengan mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk persatuan sukan masing-masing.

Jumpa lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 9:01 AM