PEP GUARDIOLA
PEP GUARDIOLA
AFP

MANCHESTER: “Saya mula membaca dan kemudian saya mula berfikir ‘Liverpool dan Jurgen Klopp’ dan saya tidak boleh fokus,” kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola bulan lalu sambil mengakui usaha Liverpool untuk mengatasi juara bertahan Liga Perdana itu mula menghantui fikirannya beberapa ketika.

Namun bagi pertemuan pertama mereka pada 2019, City mendapati mereka berada dalam keadaan wajib menang untuk menghalang Liverpool dan memberikan pendahulu itu kekalahan pertama musim ini sekali gus menyekat jurang daripada tujuh mata kepada empat di Etihad awal pagi Jumaat ini.

“Dengan posisi Liverpool, jika kami mencicirkan mata maka ia akan berakhir, ia sudah tamat, ia akan menjadi hampir mustahil,” kata Guardiola selepas kemenangan 3-1 Ahad lalu di Southampton.

Kebimbangan Guardiola terhadap Liverpool dan Klopp bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bagi pasukan juara itu, tiada pasukan dan pengurus yang memberikan paling banyak masalah buat pengendali dari Catalan itu berbanding rakan sejawat dari Jerman itu.

City hanya menang sekali dalam tujuh pertemuan sejak Guardiola menyertai Klopp di England selepas menggegar di Bundesliga bersama Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

Kejutan tiga kekalahan dalam empat pertemuan Liga Perdana pada Disember menyebabkan City terpaksa mengejar Liverpool untuk menyekatnya daripada menamatkan penantian 29 tahun untuk bergelar juara liga.

Bagaimanapun ketika tiada siapa dilihat mampu menyekat City untuk gelaran juara dengan rekod 100 mata musim lalu, skuad Klopp sentiasa memberikan ancaman.

Januari lalu City tampak berada di landasan tepat untuk menyamai rekod Arsenal tanpa kalah pada musim 2003-04 sehingga mereka ke Anfield pada Januari dan melepaskan tiga gol dalam tempoh sembilan saat setengah sebelum tewas 4-3 walaupun cuba bangkit.

Dalam dokumentari “All Or Nothing” yang menceritakan kejayaan City, Guardiola mengakui kepada staf kejurulatihannya menjelang kembalinya pasukan itu ke Anfield bagi saingan suku akhir Liga Juara-Juara: “Mereka menakutkan saya. Mereka bahaya, memang saya akui.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 January 2019 @ 10:59 AM