ABDUL AZIZ YEOP JAMALUDDIN
ABDUL AZIZ YEOP JAMALUDDIN
Azizan Hashim


IPOH: Perak mula menjual tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara negeri itu dengan Terengganu FC di Stadium Shah Alam pada Khamis ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin  berkata, jualan tiket di daerah hanya akan dibuat pada Khamis dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Beliau berkata, lokasi penjualan tiket ialah Mini Stadium Kerian di Parit Buntar, Dewan Jubilee Kuala Kangsar di Kuala Kangsar, Taman Payabakau di Manjung, Kaunter Pandu Lalu Majlis Perbandaran Teluk Intan di Teluk Intan, Pejabat Daerah Lenggong di Lenggong, Stadium Mini Tapah di Tapah dan Majlis Daerah Muallim di Tanjung Malim.

Katanya, jualan tiket pada hari berkenaan turut dilakukan di Stadium Perak di Ipoh.

"Pada Jumaat tiket hanya akan dijual di Stadium Perak dari jam 9 pagi sehingga semua tiket  habis dijual. Bagi melancarkan urusan jualan, dua kaunter akan dibuka di Stadium Perak untuk pembelian 10 tiket ke bawah dan satu lagi untuk pembelian 10 tiket ke atas," katanya, hari ini.

Beliau berkata, harga tiket ialah RM50 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM5 untuk tempat duduk terbuka.

Perak dan Terengganu masing-masing diperuntukkan 30,000 tiket oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 12:31 PM