Kapal Eclipse milik Abramovich. FOTO CEN/DC Wom/AP/Daily Mail
Kapal Eclipse milik Abramovich. FOTO CEN/DC Wom/AP/Daily Mail
DM

PENGAWAL keselamatan ditahan selepas didapati menceroboh dan merakam foto dalaman kapal mewah milik bilionair Russia yang juga pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich.

Lelaki terbabit menaiki kapal 'Eclipse' itu kelmarin ketika kapal berharga £340j (RM1.9 bilion) itu berlabuh untuk diselenggara di pelabuhan terbesar Jerman, Hamburg.

Pengawal keselamatan Abramovich dikatakan bimbang lelaki terbabit adalah ‘pengintip’ kerana mengambil foto kapal itu melaporkan kehadirannya kepada polis Jerman.

Sebaik ditahan, suspek adalah pengawal keselamatan berusia 21 tahun yang bekerja di pelabuhan itu.

Lelaki terbabit dilaporkan dalam perjalanan ke tandas kapal sebelum mengambil keputusan merakam beberapa foto dalaman kapal mewah itu.

Kapal Eclipse yang diserahkan kepada Abramovich pada Disember 2010 didaftarkan di ibu negara Bermuda iaitu Hamilton.

Dengan panjang 533 kaki (162 meter) Eclipse adalah kapal milik peribadi kedua terbesar di dunia selepas kapal mewah 590 kaki (180 meter) Azzam yang dimiliki oleh Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Eclipse mempunyai dua helipad, kabin untuk 24 tetamu, dua kolam renang, beberapa jacuzzi, kelab/bar, kapal selam dan tiga bot gerak pantas untuk membawa penumpang ke pelabuhan lebih kecil.

Kapal itu dikendalikan 70 kakitangan dan pelayan tetamu.

Beberapa selebriti seperti Orlando Bloom dan Katy Perry pernah mengadakan parti di atas kapal itu yang menelan kos £50j (RM269 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Oktober 2018 @ 9:35 PM