PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho. FOTO EPA
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho. FOTO EPA
AFP

LONDON: Berdepan dengan permulaan musim terburuk dalam aksi Liga Perdana sepanjang tempoh 26 tahun, Manchester United akan berdepan Burnley hujung minggu ini dengan masa depan Jose Mourinho sebagai pengurus pasukan itu mula mendapat perhatian.

Berdepan dengan pelbagai masalah dalam dan luar gelanggang, kedudukan Mourinho kini dalam bahaya pada musim ketiga beliau bersama Manchester selepas meninggalkan Chelsea dan Real Madrid.

Beliau kini berusaha untuk mengelak daripada disingkirkan selepas khabar angin mula bertiup mengatakan perselisihan yang berlaku antara beliau dengan bintang United Paul Pogba dan isu perpindahan membabitkan jurulatih Portugal itu dan naib pengerusi Ed Woodward belum ada kesudahan.

United kalah 0-3 kepada Tottenham Isnin lalu, iaitu keputusan terburuk di tempat sendiri sepanjang karier Mourinho sekali gus tamparan hebat ke atas posisinya yang menjadi kian panas apabila turut tewas kepada Brighton minggu sebelumnya.

Mourinho menegaskan dia berusaha mengekalkan sokongan daripada peminat United, apabila dimaklumkan menempah penerbangan khas untuk terbang ke stadium Burnley.

Bagaimanapun beberapa laporan mendakwa bahawa skuad itu percaya Mourinho akan dipecat jika mereka tewas di Burnley dan ia satu perlawanan menarik untuk ditonton sama ada pemain akan berjuang untuk mempertahankan pengurus yang mempunyai karektor yang pelik itu.

“Ia tidak mudah tapi ia baru permulaan musim ini. Saya lebih suka bermula dengan teruk dan berakhir dengan baik daripada bermula dengan baik dan berakhir dengan teruk,” kata Pogba.

Jiran tetangga mereka, Manchester City pula tidak perlu bimbang apabila juara bertahan itu berdepan Newcastle pada ulang tahun ke-10 selepas pasukan itu diambil alih jutawan dari Abu Dhabi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 12:23 PM