PEMAIN Burnley sugul selepas gagal layak ke Liga Europa. FOTO Reuters
PEMAIN Burnley sugul selepas gagal layak ke Liga Europa. FOTO Reuters
Reuters

BURNLEY (England): Langkah Burnley ke Liga Europa terhenti di tangan kelab dari Greece, Olympiakos Piraeus semalam tetapi pengurusnya, Sean Dyche megakui anak buahnya meraih pengalaman berharga.

Burnley tewas menerusi agggregat 4-2 selepas terikat 1-1 sepenuh masa perlawanan pusingan kedua kelayakan liga berkenaan. Pada aksi pertama mereka tewas 3-1 di gelanggang lawan.

Olympiakos mendahului tuan rumah hasil jaringan Daniel Podence pada minit ke-83 manakala Burnley membalasnnya menerusi pemain gantian, Matej Vydra tiga minit kemudian.

Burnley yang memburu dua gol untuk mara, tidak memasukkan pemain termahal kelab, Chris Wood bersama pertahanan England James Tarkowski dan pemain tengah berpengaruh, Jack Cork.

Namun pengurus berkenaan mengakui bahawa persembahan anak buahnya yang berupaya mencipta deretan peluang sebagai sesuatu yang menakjubkan biarpun di media hebat memperkatakan mengenai kelab kerdilnya itu.

“Saya fikir semua sudah meilhat bagaimana kelab kerdil ini meneruskan langkahnya yang sebelum ini banyak pihak mendakwa kelab itu ‘tiada siapa yang mahu’ tetapi iulah mentaliti di sini, kami mahu kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Ia sudah mengharungi tiga pusingan kelayakan dan enam perlawanan. Kami sudah menimba pengalaman daripadanya,” katanya.

Burnley akan berdepan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di gelanggang sendiri Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 7:59 AM