RICHARLISON (tengah) ledak dua gol. FOTO/AFP
RICHARLISON (tengah) ledak dua gol. FOTO/AFP
Agensi

LONDON: Pengurus Everton Marco Silva menjelaskan beliau tidak mempunyai keraguan terhadap kemampuan Richarlison yang diperoleh dengan nilai £50 juta (RM261 juta) selepas meledak dua gol pada penampilan pertamanya dalam perlawanan menghiburkan menentang pendatang baru Liga Perdana, Wolves yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

The Toffees terpaksa bermain dengan 10 pemain pada separuh masa pertama apabila Phil Jagielka dibuang padang susulan terjahan keras terhadap Diogo Jota, dikecewakan Wolves yang bangkit dua kali untuk memastikan satu mata diraih mereka.

Pemain sayap Brazil, Richarlison menjadi tumpuan, terutamanya gagal meledak jaringan dalam 28 perlawanan pada musim 2017-18, dengan jaringan terakhir pada November lalu.

Namun dia membalas kepercayaan jurulatih apabila menjaringkan gol menerusi jarak dekat sebelum menambah satu lagi untuk membolehkan mereka sekali lagi mendahului.

Sepakan percuma Ruben Neves -susulan terjahan yang menyaksikan Jagielka dibuang padang memastikan Wolves menyamakan kedudukan dan memastikan satu mata apabila penyerang Benfica yang dipinjam, Raul Jimenez melakukan tandukan susulan hantaran Neves ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Pengendali baru Everton, Marco Silva berkata: "Saya tidak ragu. Seandainya Richarlison tidak menjaringkan gol, dia berusaha dengan keras membantu pasukan. Saya pasti penyokong akan bangga dengannya.

"Dia melakukan dengan baik. Dia berusaha dengan keras, seperti yang saya harapkan."

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Ogos 2018 @ 11:33 AM