SKUAD bawah 16 (B-16) tahun negara raih tempat ketiga. FOTO Football Association of Malaysia (Official)
SKUAD bawah 16 (B-16) tahun negara raih tempat ketiga. FOTO Football Association of Malaysia (Official)
Zulfaizan Mansor


SKUAD bawah 16 (B-16) tahun negara meraih tempat ketiga Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) selepas menewaskan Myanmar 1-0 di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, sebentar tadi.

Kemenangan itu sedikit sebanyak menjadi pengubat duka apabila gagal ke final selepas tewas 1-0 kepada tuan rumah, Indonesia pada separuh akhir di gelanggang sama, kelmarin.

Jaringan kemenangan skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja So'ib itu hadir pada minit ke-79 menerusi Alif Daniel Abdul Aziz.

Keputusan itu juga menyaksikan skuad B-16 negara memperbaiki pencapaian tahun lalu selepas hanya menduduki tempat keempat.

Untuk rekod, Malaysia hanya sekali muncul juara kejohanan itu pada 2013 selepas menumpaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 7:33 PM