Mourinho (kiri) makan malam bersama Sanllehi. FOTO REUTERS
Mourinho (kiri) makan malam bersama Sanllehi. FOTO REUTERS
Agensi

KETUA bola sepak kelab Arsenal Raul Sanllehi dilaporkan keluar makan malam bersama Jose Mourinho, minggu lalu ketika kebimbangan terhadap masa depan Unai Emery terus memuncak.

Skuad Emery mensia-siakan peluang selepas terikat seri 1-1 di tempat sendiri kepada Wolves dalam saingan Liga Perdana menyebabkan mereka menghuni tempat kelima dengan hanya mengumpul 17 mata daripada 11 perlawanan.

Emery yang mengambil alih tugasan daripada pengurus legenda Arsenal Arsene Wenger terus dipantau berikutan kegagalan mara ke Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu dan mempamer prestasi buruk musim ini.

Menurut akhbar Britain, bekas bos Chelsea dan Manchester United itu dilihat makan bersama Sanllehi yang kagum dengan perancangan pengendali dari Portugal itu terhadap skuad utara London itu.

Hierarki Gunners kian bimbang dengan situasi Emery serta pemain senior skuad itu dengan kelab itu semakin hampir untuk melakukan perubahan pengurusan.

Arsenal yang kini mencari pengurus sesuai dengan pengetahuan Liga Perdana Inggeris (EPL) melihat Mourinho mampu membuktikan kemampuannya dan membawa semula identiti jelas kepada pasukan itu.

Mereka juga mahu pengurus yang tidak mempunyai masalah bahasa dengan skuad itu yang terbukti menjadi halangan buat Emery buat masa ini.

Laporan juga menyebut Emery hanya tinggal dua perlawanan untuk mendapat pujian di Emirates ketika perlawanan antarabangsa kian hampir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 8:25 PM