ABE ketika menangkap Rabio. FOTO/AFP
ABE ketika menangkap Rabio. FOTO/AFP
Reuters

SAMARA, Russia: Seekor sotong yang berjaya meramalkan ketiga-tiga perlawanan Jepun pada peringkat kumpulan Piala Dunia dibunuh dan dijadikan sashimi, menurut laporan media tempatan.

Haiwan moluska berkenaan memilih pemenang setiap perlawanan membabitkan Jepun dalam satu eksperimen di sebuah kolam.

Biarpun mendapat perhatian seluruh negara berikutan kejayaannya, nelayan yang menangkap Rabio, Kimio Abe, menghantarnya ke pasar sebelum perlawanan ketiga Jepun menentang Poland.

Sotong gergasi itu berjaya meramalkan Jepun akan kalah dalam perlawanan itu tetapi malangnya ia tidak sempat hidup untuk melihatnya menjadi kenyataan.

Abe menambah seekor lagi sotong akan digunakan untuk meramalkan perlawanan seterusnya di Russia.

“Saya gembira semua ramalannnya tepat dan Jepun mara ke pusingan kalah mati,” kata Abe kepada akhbar Mainichi Shimbun sebelum Jepun tewas kepada Belgium dalam aksi 16 pasukan terakhir.

“Saya berharap pengganti Rabio akan meramalkan dengan tepat keputusan semua perlawanan.

Rabio bukanlah sotong peramal utama yang meramalkan keputusan perlawanan Piala Dunia.

Seekor sotong dari Jerman bernama Paul berjaya meramalkan dengan tepat enam perlawanan Piala Dunia pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 12:48 AM