WATSON bersama bendera Perancis.
WATSON bersama bendera Perancis.

Paris: Mengikut jejak langkah Paul Si Sotong, Watson seekor singa laut menaruh harapan ramalan tepatnya dalam memilih Perancis memenangi aksi pembukaan Euro akan menjulangnya kepada kemasyhuran antarabangsa - serta beberapa ekor ikan.

Memiliki berat badan 350kg, mamalia pertengahan umur itu yang menetap di zoo di timur bandar Amnevill pernah meramalkan secara tepat laluan Perancis ke suku akhir Piala Dunia 2014 sehingga pasukan Les Bleus tewas 0-1 kepada Jerman.

Dia membuat pilihan dengan menggunakan hidungnya dengan memilih satu daripada tiga kotak ais yang mempunyai bendera pasukan lawan serta tanda ‘seri’.

Penjaga zoo Pablo Joury berharap Watson akan menjadi pengganti terkenal kepada sotong Jerman itu yang secara tepat meramalkan pasukan negaranya muncul juara Piala Dunia 2010. Paul menjadi selebriti selepas itu sebelum sakit beberapa bulan kemudian.

Bagi perlawanan pembukaan di antara Perancis dan Romania semalam, Watson memilih negaranya untuk menang. Euro 2016 akan berlangsung sehingga 11 Julai.

Jika terus berjaya memilih pemenang, Watson dijangka mempunyai karier yang panjang. Dia baru berusia 15 tahun pada 1 Jun lalu, usia pertengahan umur bagi seekor singa laut. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:06 AM