MARADONA ketika menyaksikan perlawanan antara Russia dan Saudi Arabia. FOTO Reuters
MARADONA ketika menyaksikan perlawanan antara Russia dan Saudi Arabia. FOTO Reuters
Reuters

LEGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona menegaskan tidak suka dengan keputusan Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 memandangkan kurangnya keghairahan terhadap bola sepak di negara terbabit.

Pada Rabu lalu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan Piala Dunia 2026 yang akan membabitkan 48 pasukan buat kali pertama, bakal dilangsungkan di tiga negara itu dengan 60 perlawanan di Amerika Syarikat dan 10 perlawanan masing masing di Mexico dan Kanada.

 Ini sekali gus menyaksikan Mexico bakal menjadi negara pertama menjadi tuan rumah temasya itu buat kali ketiga.

 “Saya tak sukakannya,” kata Maradona.

 “Mexico tak layak menganjurkannya. Mereka beraksi menentang Brazil atau Jerman, sudah tentu mereka terus tersingkir.”

 Maradona memenangi Piala Dunia bersama Argentina pada 1986 yang berlangsung di Mexico.

 “Kanada mungkin hanya bagus dalam acara luncur dan Amerika Syarikat mahu perlawanan berlangsung dalam empat suku masa untuk pengiklanan.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Jun 2018 @ 5:05 PM