MOURINHO (kiri) pernah mengkritik Conte. FOTO/AFP
MOURINHO (kiri) pernah mengkritik Conte. FOTO/AFP
Reuters

LONDON: Jose Mourinho dan Antonio Conte tidak pernah bersimpati antara satu sama lain sejak mengambil alih kerusi panas di Manchester United dan Chelsea, tetapi pengurus dari Portugal itu berpeluang untuk tersenyum lebar di Wembley, Sabtu ini.

Beberapa aksi final Piala FA sebelum ini tidak begitu panas seperti pertembungan United-Chelsea pada Sabtu ini, kerana kedua-dua pengurus ini terdesak menamatkan musim dengan sekurang-kurangnya meraih satu piala.

Mourinho membawa United ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) di belakang juara, Manchester City, tetapi Conte hanya sekadar meletakkan Chelsea di tangga kelima dan jika kalah, ia dijangka menjadi perlawanan terakhir buat pengendali itu menguruskan The Blues.

Sebelum ini, Mourinho pernah mengkitik Conte kerana caranya meraikan kemenangan dianggap keterlaluan dan Conte pula menggelar rakan sejawatannya itu sebagai ‘penipu’ dan ‘budak-budak’.

Untuk rekod, Chelsea tidak pernah memenangi piala itu sejak 2012 selepas kali terakhir Roberto di Matteo melakukannya ketika menguruskan kelab berkenaan.

United pula berharap mereka mampu mencecah rekod penyandang juara, Arsenal yang merangkul 13 kali Piala FA.

Musim lalu, ketika kali pertama mengendalikan Chelsea, Conte membawa pasukannya ke pentas final tetapi tewas 1-2 kepada Arsenal.

Tanpa mempedulikan siapa yang bakal mengendalikan Chelsea kelab musim depan, pemain dari Sepanyol, Cesc Fabregas menegaskan perkara paling penting ketika ini ialah memastikan mereka tidak kecewa kerana gagal meraih sebarang piala musim ini.

“Kami tidak memikirkan soal musim depan, kami perlu menang, Sabtu ini,” katanya. “Kami tidak boleh....kerana Liga Juara-Juara (kelayakan) sudah terlepas.

“Tetapi jika menamatkan musim ini dengan kedudukan lebih tinggi (meraih trofi), ia memang manis,” katanya.

Musim lalu, Mourinho menambah koleksi Piala Liga dan Piala Liga Europa dalam simpanan United di Old Trafford dan pemain tengah, Ander Herrera akur kelab itu hanya bertambah baik jika memenangi piala.

“Kelab itu ialah mengenai gelaran, mengenai trofi, ia adalah mengenai final,” kata pemain dari Sepanyol ini.

“Kami menghormati Chelsea, tetapi kami adalah pasukan utama dan kami akan menggunakan kelebihan itu untuk menang. Ini akan menjadikan final ini lebih sukar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 1:46 PM