NEYMAR
NEYMAR
AFP

RIO DE JANEIRO: Neymar berkata dia masih memerlukan tempoh kira-kira sebulan untuk pulih sepenuhnya daripada pembedahan kaki, ketika bintang Paris Saint-German (PSG) itu mensasarkan untuk cergas sepenuhnya sebelum Piala Dunia. 

"Saya perlukan sebulan lagi tapi nampaknya ia semakin baik," kata bintang Brazil itu yang tidak beraksi selepas patah tulang metatarsal di kaki kanannya pada Februari lalu. 

Begitupun sekiranya dia gagal untuk kembali beraksi dalam tempoh sebulan lagi, ia pasti sukar bagi pemain berusia 26 tahun itu untuk diturunkan pada perlawanan pembukaan Kumpulan E saingan Piala Dunia menentang Switzerland di Rostov, 17 Jun depan. 

Pemain paling termahal dunia itu mengalami kecederaan berkenaan ketika saingan Ligue 1 menentang Marseille sebelum kembali ke negaranya untuk melakukan pembedahan.  

Jurulatih PSG, Unai Emery berkata, Neymar semakin ‘hampir’ untuk kembali bersama kelab. 

"Apabila dia kembali ke sini, dia pasti akan mahu bermain. Mungkin dia akan memperoleh masa untuk bermain beberapa perlawanan sebelum musim ini berakhir. 

“Kami berharap dia akan dapat kembali beraksi pada beberapa baki perlawanan," katanya. 

Tanpa Neymar, PSG berharap dapat menewaskan juara bertahan, Monaco untuk mengesahkan kejuaraan liga, esok. 

PSG juga berharap dapat melangkah ke final Piala Perancis pada 8 Mei depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 11:50 AM