PEMAIN Schalke's meraikan jaringan Daniel Caligiuri (tengah) ketika aksi menentang Freiburg di Veltins-Arena. - Foto EPA-EFE
PEMAIN Schalke's meraikan jaringan Daniel Caligiuri (tengah) ketika aksi menentang Freiburg di Veltins-Arena. - Foto EPA-EFE

BERLIN: Jaringan Daniel Caligiuri dan Guido Burgstaller memastikan kemenangan 2-0 Schalke untuk menewaskan Freiburg sebentar tadi, sekali gus menangguhkan kejuaraan liga Bayern Munich.

  

Schalke yang berada pada kedudukan kedua, ketinggalan 14 mata di belakang Bayern.

Keputusan itu menyaksikan pendahulu liga berkenaan perlu menanti aksi menentang Borussia Dortmund bagi memastikan gelaran Bundesliga buat kali keenam berturut-turut.

  

Caligiuri memastikan Schalke mendahului menerusi sepakan penalti pada minit ke-63 sebelum penyerang Freiburg, Nils Petersen dilayangkan kad kuning kedua susulan membantah keputusan pengadil.

  

Freiburg kelihatan sudah menyerah kalah apabila kehilangan penyerang dan jurulatih, Christian Streich yang diarahkan meninggalkan padang, dengan Burgstaller memastikan kemenangan menerusi jaringan ketika perlawanan berbaki 17 minit.

  

Pada satu lagi perlawanan, RB Leipzig terselamat daripada tewas kepada Hanover apabila melakar kemenangan 3-2 untuk kembali berada dalam empat kedudukan teratas.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 April 2018 @ 1:01 AM