SEBASTIAN VETTEL
SEBASTIAN VETTEL
AFP

MELBOURNE: Sebastian Vettel mengatasi juara dunia Lewis Hamilton dalam perlumbaan sengit  aksi pembukaan Formula Satu (F1) untuk menjuarai Grand Prix (GP) Australia, sebentar tadi.

Juara dunia empat kali itu mengambil kesempatan di atas kesilapan percaturan hentian pit Mercedes sekali gus menafikan hajat hamilton untuk meraih kemenangan kali ketiga di Melbourne.

Rakan sepasukan Ferrari, Kimi Raikkonen pula memenangi perebutan tempat ketiga di depan Daniel Ricciardo dan menyertai Vettel di atas podium.

“Terbaik!, memang terbaik rakan-rakan,” kata Vettel menerusi radio pasukannya. “Kita mendapatnya. Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan, tetapi kita sudah hampir dengannya.”

Ia adalah kemenangan ke-48 Vettel sepanjang 200 penampilan GP selain kemenangan kedua berturut-turut di litar berkenaan.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso pula berpuas hati di kedudukan kelima untuk McLaren diikuti pelumba muda sensasi Red Bull, Max Verstappen.

Keputusan

1. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 1 jam 29 minit 33.283 saat

2. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) +5.036s

3. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) +6.309

4. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) +7.069

5. Fernando Alonso (ESP/McLaren) +27.886

6. Max Verstappen (NED/Red Bull) +28.945

7. Nico Hulkenberg (GER/Renault) +32.671

8. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) +34.339

9. Stoffel Vandoorne (BEL/McLaren) +34.921

10. Carlos Sainz Jr (ESP/Renault) +45.722

11. Sergio Perez (MEX/Force India) +46.817

12. Esteban Ocon (FRA/Force India) +1:00.278

13. Charles Leclerc (MON/Sauber) +1:15.759

14. Lance Stroll (CAN/Williams) +1:18.288

15. Brendon Hartley (NZL/Toro Rosso) +1 pusingan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 3:58 PM