AKSI David Silva (tengah) ketika menentang Jerman pada 23 Mac lalu. - Foto AFP
AKSI David Silva (tengah) ketika menentang Jerman pada 23 Mac lalu. - Foto AFP
Reuters

MADRID: Pemain tengah Manchester City David Silva meninggalkan skuad Sepanyol atas sebab peribadi, kata Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Pemain 32 tahun itu, pemenang Piala Dunia pada tahun 2010, bermain selama 71 minit ketika seri 1-1 menentang Jerman tetapi bakal terlepas aksi menentang Argentina di Wanda Metropolitano.

“David Silva dilepaskan daripada skuad atas sebab peribadi,” kata RFEF di laman Twitter mereka.

Silva turut terlepas beberapa perlawanan bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris City awal musim ini, dan pada Januari lalu mendedahkan yang anaknya Mateo dilahirkan tidak cukup bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 9:43 AM