PEMAIN Argentina meraikan kemenangan ke atas India. -Foto ABDULLAH YUSOF
PEMAIN Argentina meraikan kemenangan ke atas India. -Foto ABDULLAH YUSOF
Azizan Hashim


JURULATIH hoki Argentina, Rolando Rivero tidak menganggap mudah perlawanan menentang tuan rumah, Malaysia dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah ke-27, malam ini.

Walaupun turun dengan reputasi selaku juara Olimpik Rio 2016, Rivero sedar ancaman yang mampu diberikan Malaysia.

Jurulatih itu berkata, pertemuan dengan Malaysian Tigers tidak pernah mudah bagi pasukannya.

“Kami pernah bertemu beberapa kali sebelum ini. Walaupun kami menang tetapi Malaysia memiliki pemain muda yang memiliki karektor serta pantas.

“Ditambah dengan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri, semangat Malaysia sudah tentu berkobar-kobar,” katanya.

Rivero berkata, Argentina melakukan kesilapan besar jika memandang rendah kemampuan anak buah Stephen Van Huizen yang pasti mahu bangkit selepas kekalahan 1-3 kepada Australia, Ahad lalu.

Jurulatih itu bimbang akan jentera serangan pasukan tuan rumah dan menganggap Faisal Saari mampu menjadi duri dalam daging.

Rivero turut memandang tinggi keupayaan Kapten Malaysia, Razie Rahim dalam mengambil pukulan sudut penalti.

Argentina sekali lagi pasti mengharapkan kepada pakar pukulan sudut penaltinya, Gustavo Peillat yang setakat ini sudah menyumbang enam gol dalam dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Mac 2018 @ 2:13 PM