SHAMIRZA (kiri) kembali temui sentuhan selepas pulih daripada kecederaan. FOTO/FACEBOOK TERENGGANU
SHAMIRZA (kiri) kembali temui sentuhan selepas pulih daripada kecederaan. FOTO/FACEBOOK TERENGGANU
Faizul Azlan Razak


SELEPAS setahun tidak beraksi kerana kecederaan lutut, Shamirza Yusoff seakan mendapat peluang kedua meneruskan kariernya sebagai penjaga gol apabila menyertai Terengganu FC II (TFC II) musim ini.

Kembalinya bekas penjaga gol Skuad Penyu itu akan memberi persaingan kepada dua lagi penjaga gol, Amierul Hakimi Awang dan Suhaimi Husin musim ini.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu memberi petanda positif apabila beraksi 90 minit ketika kalah 1-2 dengan kelab Marcerra Kuantan FA pada perlawanan persahabatan di padang Kompleks Sukan Sime Darby, Bukit Jelutong, semalam.

Ketua jurulatih TFC II, Mustaffa Kamal Wahab mengakui berpuas hati dengan persembahan Sharmiza yang masih memiliki ketangkasan mengawal benteng terakhir pasukan.

Beliau percaya selepas melihat persembahan Sharmiza ketika bertemu skuad kendalian Ismail Zakaria, peluang untuknya beraksi musim ini masih terbuka.

“Setakat ini, Sharmiza diletakkan sebagai penjaga gol ketiga TFC II selepas Suhaimi dan Amierul Hakimi.

“Bagaimanapun, jika Sharmiza menunjukkan peningkatan tidak mustahil dia boleh merampas posisi penjaga gol nombor dua dan utama pasukan,” katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 5:36 PM