LEE Wei (tengah) kini melatih skuad kembangsaan.
LEE Wei (tengah) kini melatih skuad kembangsaan.
Azlan Muhammad Zain

TANPA beberapa tonggak berpengalaman, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) enggan meletakkan sebarang sasaran pingat pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia April tahun depan.

Skuad wanita negara kehilangan tonggak utama, Beh Lee Wei yang kini sudah bergelar jurulatih kebangsaan selain pemain berpengalaman, Ng Sock Khim manakala Muhd Shakirin Ibrahim tidak lagi akan mewakili Malaysia apabila memutuskan untuk bersara hujung tahun ini.

Jadi kami akan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada pemain termasuk menghantar latihan di China pada Mac nanti bagi menghadapi Sukan Komanwel,” katanya pada majlis undian Kejohanan Ping Pong Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung dari Isnin hingga Khamis ini.

SOCK Khim bersara hujung tahun ini.
SOCK Khim bersara hujung tahun ini.

Menurutnya, kejohanan edisi ke-54 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Hamzah di Wisma MOM yang membabitkan 15 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita itu akan menjadi medan menguji prestasi pemain kebangsaan serta mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dua pemain kebangsaan, Muhd Ashraf Haiqal Rizal dan Wong Chun Cheun akan mengetuai cabaran juara bertahan, Kuala Lumpur dengan cabaran sengit bakal diberikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai Shakirin.

Ho Ying pula mengetuai Johor dalam misi mereka mempertahankan status juara kategori wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 5:04 PM