PEMAIN Itali meraikan kemenangan ke atas Albania. -Foto AFP
PEMAIN Itali meraikan kemenangan ke atas Albania. -Foto AFP
CANDREVA jaring gol tunggal perlawanan. -Foto Reuters
CANDREVA jaring gol tunggal perlawanan. -Foto Reuters
AFP

ANTONIO Candreva menjaringkan gol tunggal yang memberi kemenangan 1-0 Itali ke atas Albania pada perlawanan kelayakan terakhir Piala Dunia, awal pagi tadi - bagi memastikan skuad Azzurri akan ke perlawanan playoff selaku pasukan pilihan, pada November ini.

Skuad kendalian Gian Piero Ventura sudah mara ke playoff bulan depan, tetapi terdesak untuk menang di Shkoder bagi menjamin kedudukan selaku pasukan utama dalam undian yang dijadualkan pada 17 Oktober nanti.

PEMAIN Itali meraikan kemenangan ke atas Albania. -Foto AFP
PEMAIN Itali meraikan kemenangan ke atas Albania. -Foto AFP

“Ini adalah sasaran yang kami tetapkan. Saya rasa kami mengambil satu lagi langkah kecil ke depan, tetapi kami berterusan mengawal permainan dengan teruk dan banyak memberikan bola kepada lawan,” kata Ventura.

“Saya tetap ada keyakinan apabila orang berkata situasi adalah dramatik, dan ketika ini, saya masih ada perasaan yakin itu,”

Selepas aksi babak pertama yang sengit, pemain sayap Inter Milan, Candreva akhirnya menemui gawang selepas 73 minit perlawanan berlangsung di Stadium Loro Borici.

Pemain tengah Atalanta, Leonardo Spinazzola menghantar bola lintang dari kiri buat pemain berusia 30 tahun itu yang meledak ke penjuru dari jarak dekat - ketika dia tampil kali ke-50 bersama skuad Azzurri.

“Kami mahu membuktikan kepada diri sendiri selepas perlawanan dengan Macedonia (seri 1-1),” kata Candreva.

“Kemenangan tidak boleh diambil mudah. Kami berbincang dan sedar, kami perlu kembali bersatu dan lebih kental untuk ke perlawanan playoff.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 9:44 AM