SHAPAWI (kanan) teruja dengan kejutan dilakukan Kevin.
SHAPAWI (kanan) teruja dengan kejutan dilakukan Kevin.
Ardyhansah Amat


KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyifatkan dua pingat emas yang diperoleh menerusi acara renang perairan terbuka 10km adalah kejayaan berganda buat pasukan negara.

Beliau berkata, awalnya kontinjen negara hanya meramalkan memenangi satu emas menerusi Heidi Gan dalam kategori wanita.

“Bagaimanapun, Kevin Yeap terlebih dulu membuat kejutan memenangi emas bagi kategori lelaki.

“Kami memang tidak meletakkan sebarang sasaran buat Kevin memandangkan dia hanya mendapat gangsa pada temasya lalu. Bagaimanapun, hari ini, dia membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa dia juga seorang juara.

“Manakala Heidi pula menepati ramalan untuk memenangi emas mengalahkan sembilan peserta wanita,” katanya, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 2:33 PM