MOUNIE (tengah) jaring dua gol untuk catat kemenangan Huddersfield.
MOUNIE (tengah) jaring dua gol untuk catat kemenangan Huddersfield.
AFP

London: Pemain termahal Steve Mounie menyumbat dua gol ketika pendatang baru Huddersfield Town mencatat kemenangan menakjubkan 3-0 ke atas Crystal Palace di laman lawan semalam sekali gus meletakkan mereka di puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Dibeli dengan harga £11.4 juta (RM63.7 juta) dari Montpellier, penyerang Perancis, Mounier meledak gol dua kali selepas gol sendiri Joel Ward pada minit ke-23 memecah kebuntuan.

Ia perlawanan pertama Huddersfield di liga utama sejak 1972 dan ia juga kemenangan pertama di liga utama sejak 1971 ketika anak buah David Wagner melakar permulaan impian dalam kalangan kelab elit.

Huddersfield muncul hanya kelab keempat yang dinaik taraf menang perlawanan pertama Liga Perdana sejak 2008.

Ketika penyokong Huddersfield yang berkunjung ke Selhurst Park meraikan kemenangan itu, penyokong Palace bingung dengan keputusan perlawanan kompetitif pertama Frank de Boer sejak menggantikan Sam Allardyce sebagai pengurus.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 11:12 AM