Khairy (tengah) menunjukkan koleksi terhad boleh didapati di kaunter Kedai Mesra Petronas. FOTO HM/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Khairy (tengah) menunjukkan koleksi terhad boleh didapati di kaunter Kedai Mesra Petronas. FOTO HM/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Azlan Muhammad Zain


MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kejayaan penerjun negara Cheong Jun Hoong sudah berjaya memecahkan penguasaan China dalam sukan itu.

Atlet berkenaan muncul penerjun pertama negara meraih pingat emas di Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Hungary menewaskan dua seteru dari China dalam aksi final.

"Tembok China sedikit dirobohkan dan saya berharap kejayaan ini tidak bersifat sementara.

"Kita sudah buktikan penguasaan China terhadap sukan terjun boleh dicabar," katanya.

Khairy terlebih dulu hadir melancarkan Koleksi Terhad KL2017 membabitkan barangan seperti jersi, payung, botol air dan sebagainya bagi Sukan SEA dan Para ASEAN.

Ia dihasilkan menerusi kerjasama PETRONAS dan Telekom Malaysia (TM) dengan barangan dijual di lebih 300 stesen minyak PETRONAS yang terbabit di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 1:25 PM