MISI Ceria Geng Super Ohsem tawar hadiah menarik.
MISI Ceria Geng Super Ohsem tawar hadiah menarik.
Suliati Asri


Bertemakan Geng Super Ohsem, Lotus's Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melancarkan kempen Kembali ke Sekolah dengan nilai Ohsem di semua pasar rayanya seluruh Malaysia.

Berlangsung dari sekarang sehingga 19 Mac hadapan, kempen ini menawarkan semua kelengkapan penting untuk ke sekolah di bawah satu bumbung pada harga berpatutan.

Kempen ini turut menawarkan pelbagai promosi dan tawaran dengan nilai ohsem yang memfokuskan kepada produk berkualiti pada harga berpatutan.

Tahun ini Lotus's menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi rangkaian berjenama terpilih kelengkapan kembali ke sekolah.

Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan 30 peratus bagi rangkaian seragam sekolah rendah dan menengah jenama Astar. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap untuk semua saiz pakaian sekolah jenama berkenaan.

Sepasang baju sekolah rendah murid lelaki lengan pendek dan seluar sekolah panjang jenama Astar boleh dibeli dengan harga serendah RM30.43 bagi semua saiz.

Tidak hanya kelengkapan sekolah, pelbagai barangan dan produk juga ditawarkan kepada pelanggan dengan harga berpatutan.

Bagi pelanggan yang tidak mahu bersesak di kedai fizikal Lotus's atau mana-mana jenama lain dan lebih selesa membeli secara dalam talian, anda boleh berbuat demikian di laman web Lotus's.

Bagi menambahkan keterujaan pelanggan ketika melakukan persiapan kembali ke sekolah, Lotus's di 60 cawangan pasar rayanya menganjurkan Lotus's Misi Ceria Geng Super Ohsem! Hanya beli, main dan berpeluang menang baucar tunai Lotus's bernilai RM500.

Untuk menyertai misi yang cukup menyeronokkan ini cukup mudah.

Pelanggan hanya perlu berbelanja RM30 dan ke atas bagi barangan Kembali Ke Sekolah dan produk jenama Lotus's dalam satu resit pembelian.

Kemudian, mendaftar kumpulan yang terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak (berusia antara enam hingga 17 tahun) di kaunter khidmat pelanggan yang terdapat di 60 pasar raya Lotus's seluruh Malaysia.

Nombor resit pembelian perlu disertakan bersama untuk pendaftaran yang berakhir pada 28 Februari ini.

Misi Ceria Geng Super Ohsem menawarkan hadiah baucar tunai RM500 untuk tempat pertama, RM300 di tempat kedua dan RM200 di tempat ketiga dengan jumlah keseluruhan bernilai RM60,000.

Setiap kumpulan juga akan membawa pulang cenderahati barangan Lotus's bernilai RM10.

Misi ini tidak hanya menyeronokkan, tetapi ia cukup mudah. Pelanggan hanya perlu swafoto berkumpulan, kemudian kongsikannya di Instagram dan TikTok dengan tanda pagar #LotussMalaysia dan #MisiCeriaGengSuperOhsem.

Main dan lengkapkan beberapa cabaran yang disediakan kemudian meneka jumlah harga produk jenama Lotus's dalam troli.

Kumpulan yang dapat melengkapkan semua cabaran dan membuat tekaan yang paling dekat akan memenangi peraduan ini.

Lotus's turut melaksanakan pelbagai aktiviti menarik lain antaranya Karnival Makanan, Pesta Thai, Pesta Biskut, Pertandingan kraf, pertandingan mewarna, kraf anyaman, pinggan kertas kraf Ramadan dan banyak lagi.

Bagaimanapun, semua aktiviti ini dijalankan secara berasingan di beberapa pasar raya Lotus's di seluruh negara yang mengambil bahagian.

Oleh itu, bagi pelanggan yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti menarik yang di adakan di semua pasar raya

Lotus's, layari https://corp.lotuss.com.my/campaigns/Lotuss-Misi-CeriaGengSuperOhsem2023

.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 6:11 AM