ABDUL Fattah melihat anak ayam yang diternak oleh Koperasi Keluarga Haji Yunus Berhad Kampung Raja. FOTO Roselan Ab Malek
ABDUL Fattah melihat anak ayam yang diternak oleh Koperasi Keluarga Haji Yunus Berhad Kampung Raja. FOTO Roselan Ab Malek
RoselanAb Malek


Temerloh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memperuntukkan RM10 juta kepada koperasi yang berminat untuk menceburi sektor agromakanan di seluruh negara.

Presidennya Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah ini bagi menggalakkan lebih banyak koperasi terbabit dalam sektor agromakanan ternakan ayam dan ruminan bagi membantu menjamin bekalan makanan di negara ini.

"Usaha ini selari dengan saranan kerajaan agar ANGKASA mengambil inisiatif bagi menggerakkan koperasi serta mewujudkan ekosistem baru dalam industri ternakan ayam dan ruminannegara," katanya selepas lawatan kerja ke ladang perintis ternakan ayam yang dikendalikanoleh Koperasi Keluarga Haji Yunus Berhad Kampung Raja, Songsang dekat sini.

Menurutnya koperasi Keluarga Haji Yunus Kampung Raja Berhad Songsang di sini menjadi perintis gerakan ekosistem baru pengeluaran ternakan ayam berskala besar bagi memenuhi permintaan tinggi pasaran negara.

Katanya, koperasi ini dipilih kerana berpengalaman lebih empat tahun dalam industri ternakan ayam serta mempunyai empat reban yang dikendalikan secara moden dan mampu memantau perkembangan dan pembesaran ayam sehingga di pasarkan bagi keperluan tempatan.

Katanya 32,000 anak ayam telah dimasukkan di ladang ternakan koperasi ini dan hasil ternakan akan dipasarkan kepada 1,200 koperasi yang mengendalikan program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) yang menjual barangan asas secaraplatform digital.

Beliau berkata, ANGKASA mensasarkan 14,600 juta ekor ayam sebulan bagi memenuhi keperluan 7.3 juta ahli koperasi,tidak termasuk keperluan industri seperti kantin sekolah, pejabat dan lain-lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2024 @ 11:58 AM