GAMBAR hiasan. FOTO BErnama
GAMBAR hiasan. FOTO BErnama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menyediakan Insentif Program Tanam Semula Sawit dengan peruntukan RM100 juta bagi membendung kebarangkalian masalah produktiviti penghasilan buah tandan segar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insentif ini akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian.

"Menjelang 2027, keluasan kawasan pokok sawit tua yakni lebih 25 tahun dijangka mencapai lebih 560 hektar dan ini akan menjejaskan produktiviti hasil buah tandan segar dengan kerugian sehingga RM7 bilion setahun," katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, dalam usaha mempertahankan industri kelapa sawit negara kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM70 juta bagi meningkatkan tahap kemampanan industri sawit serta memperhebatkan Kempen Menangani Anti minyak Sawit di pentas antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 6:12 PM