MALABAR Gold & Diamonds menyediakan koleksi barangan kemas istimewa yang dibawakan khas dari timur tengah.
MALABAR Gold & Diamonds menyediakan koleksi barangan kemas istimewa yang dibawakan khas dari timur tengah.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Penampilan wanita tidak akan lengkap tanpa perhiasan barangan kemas.

Biarpun hanya sebentuk cincin yang menghiasi jari, aksesori barangan kemas itu mampu menaikkan lagi seri.

Sempena Aidilfitri kali ini, jenama barangan kemas antarabangsa terkenal, Malabar Gold & Diamonds menyediakan tawaran istimewa Aidilfitri, promosi potongan sifar iaitu tawaran harga jual balik barangan emas lama kepada yang baru tanpa potongan diberikan kepada pelanggan.

Pelanggan juga boleh menjual balik barang emas lama yang dibeli dari kedai lain.

Koleksi Aidilfitri pula pastinya akan menambat hati ramai dengan rekaan yang dibawakan khas dari Arab Saudi, Dubai, Turki India dan Itali.

Negara terbabit sememangnya terkenal dengan kehalusan kerja tangan dan keunikan rekaan barangan kemas berkualiti tinggi.

Antaranya koleksi Bella dan Ellan dari Itali dan Dubai dengan kombinasi emas kuning, merah jambu dan putih serta potongan berlian yang cukup halus.

Untuk kanak-kanak, rekaan daripada koleksi Starlet menyediakan rekaan menarik gelang tangan, gelang kaki dan buah rantai.

Koleksi Zoul pula untuk remaja yang menampilkan perhiasan emas 18 karat (k) rekaan yang lebih ringkas dan moden.

Untuk si jejaka, koleksi Legend boleh didapati dalam emas putih, perak dan emas kuning.

Koleksi Precia untuk peminat batu permata yang diikat dengan emas 22k dan bertatahkan berlian.

Bagi peminat berlian pula pasti tertawan dengan koleksi ERA yang lebih menyerlahkan nilai estetika.

Selain itu, koleksi emas 916 dari pelbagai pelusuk dunia menyediakan pelbagai rekaan gelang tangan emas beraneka warna, bentuk dan saiz untuk wanita serta kanak-kanak.

Tidak terkecuali rantai panjang dengan pelbagai rekaan moden kontemporari yang menarik untuk dimiliki bersama koleksi cincin emas bunga-bungaan.

Secara keseluruhan, koleksi berkenaan diinspirasikan daripada motif bunga-bungaan, cinta, keraian, kelembutan dan kehormatan wanita.

Uniknya jenama itu apabila ia mempunyai koleksi khas untuk segenap lapisan usia.

Setiap barangan kemas yang dibeli pelanggan juga mempunyai jaminan baik pulih seumur hidup.

Kumpulan itu mula beroperasi sejak tahun 1993 di sebuah ibu kota di Kerala Kozikhode oleh pengasasnya M P Ahmed dan kini mempunyai 305 cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kini ia antara enam jenama terbesar di dunia dan turut memiliki tujuh cawangan Malaysia iaitu di Jalan Bunus Masjid India, Klang, Mydin Mall Seremban 2 dan Mydin Mall Subang Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 7:00 AM