NURUL Syahirah bersama model.
NURUL Syahirah bersama model.
Hafiz Ithnin


BAKAT pereka muda ini sebenarnya mengalir daripada ibunya iaitu seorang tukang jahit. Ternyata mewarisi bakat itu membawanya bukan sekadar menjadi penerus legasi, tetapi mengangkat sebuah karya yang diinginkan.

Bagi pereka fesyen berusia 23 tahun ini, tiada yang lebih indah sebelum menggenggam ijazah dalam bidang fesyen, rekaannya sudah mendapat perhatian selebriti untuk digayakan.

Pemilik nama Nurul Syahirah Mohd Rashid berkata, dia juga meminati rekaan pakaian lelaki kerana melihat busana lelaki lebih ringkas dan mudah dihasilkan.

Justeru, dalam koleksi kapsulnya baru-baru ini anak kelahiran Perak itu mengangkat tali pinggang diraja yang dikenali sebagai pending untuk diterapkan dalam tiga busana.

NURUL Syahirah meneruskan legasi ibunya yang juga tukang jahit.
NURUL Syahirah meneruskan legasi ibunya yang juga tukang jahit.

MEMOTONG kain untuk setiap panel bentuk pending.
MEMOTONG kain untuk setiap panel bentuk pending.

"Untuk mendapatkan inspirasi dalam rekaan ini, saya mengunjungi Muzium Perak yang terletak di Taiping. Di lokasi itu ada pelbagai artifak menarik untuk dijadikan inspirasi.

"Namun saya melihat pending mempunyai keunikan tersendiri kerana ramai yang tidak mengetahui mengenainya. Apatah lagi, generasi muda kerana ia adalah sesuatu yang menarik untuk diangkat dan dihargai," katanya.

Tambahnya, pending mempunyai pelbagai bentuk dan pelbagai motif pada setiap negara Asia. Bagaimanapun, di Muzium Perak ada pending yang berbentuk bujur dan mempunyai lekuk sedikit.

"Dalam koleksi rekaan ini, saya hanya mengolah bentuk pending pada rekaan dengan menggunakan teknik 'patch'

kepada ketiga-tiga rekaan ini supaya hasilnya lebih menarik," katanya.

REKAAN yang mempunyai ‘detachable hoodie’.
REKAAN yang mempunyai ‘detachable hoodie’.

Mengenai rekaan katanya, antara keunikan busana yang dihasilkan kerana menggunakan tujuh jenis fabrik dalam satu rekaan iaitu fabrik 'mesh' (dua jenis), 'cotton drill' (tiga warna berbeza), 'ribbing' dan 'suede.'

"Dalam koleksi saya banyak menggunakan panel termasuk bentuk pending itu sendiri. Selain panel untuk baju dan seluar. Untuk rekaan yang pertama, kira-kira 100 panel yang digunakan.

"Selain itu, dalam rekaan saya menggunakan pelbagai jenis poket, antaranya 'patch pocket', 'hidden pocket' dan kebanyakannya adalah 'cargo pocket'," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 6:31 AM