BANTUAN minyak motor percuma kepada penunggang motosikal e-hailing.
BANTUAN minyak motor percuma kepada penunggang motosikal e-hailing.

Hospital Pakar KPJ Sentosa KL meraikan keberkatan Ramadan dan Aidilfitri dengan pelbagai

aktiviti menerusi misi Sentosa Kongsi Rezeki.

Eksekutif Perhubungan Awamnya, Syarifah Aini berkata, misi itu adalah program wajib tahunan yang diadakan setiap kali menjelang Ramadhan dan tibanya Syawal.

Katanya, kali ini pihaknya bekerjasama dengan organisasi luar seperti Masjid Ibn Sina dan Art Market Malaysia.

Kemeriahan Ramadhan dimulakan dengan pemberian kurma kepada pakar di hospital dan diteruskan dengan program wajib iaitu agihan lebih 600 bekas bubur lambuk kepada kakitangan hospital, petugas barisan hadapan, orang awam dan rakan media.

"Selain itu, 100 penunggang motosikal 'e-hailing' turut menerima tajaan minyak petrol percuma bagi meringankan beban mereka sepanjang Ramadhan dan pandemik Covid-19," katanya.

Sementara itu, pusat perubatan itu juga memberi sumbangan seperti wang tunai, barang keperluan harian dan penjagaan kesihatan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti rumah amal dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

"Walaupun kita tidak dapat beraya seperti tahun-tahun sebelum pandemik Covid-19, sumbangan yang dihulurkan dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka pada tahun ini," katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Ibu, Hari Jururawat Sedunia serta ulang tahun yang ke 40 hospital KPJ, kek cawan juga diagihkan kepada semua pesakit di setiap tingkat hospital dan kakitangan yang bertugas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 6:42 AM