YANN bersama model.
YANN bersama model.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SETIAP wanita pastinya mahu tampil menawan di pagi lebaran.

Ada yang memilih solekan ringkas tampak semula jadi dan ada juga mahu lebih terang serta berani.

Apa pun jenis solekan yang dipilih, ia haruslah sesuai dengan pakaian digayakan dan tona kulit wanita itu sendiri.

Ia bagi memastikan penampilan lebih manis dipandang dan tidak kelihatan janggal pada mata tetamu yang bertandang.

Jurusolek berpengalaman, Yann Ahmad berkata, sesuai dengan situasi semasa, solekan ringkas lebih digemari dan kebanyakan wanita juga sudah semakin mahir untuk bersolek sendiri.

"Dalam solekan, pemilihan bedak asas, rona pembayang mata, pemerah pipi dan gincu perlu diberi tumpuan kerana ia menentukan sama ada solekan itu cantik atau tidak.

"Solekan untuk pagi lebaran pula biasanya ramai wanita memilih rona pastel dan lembut.

"Kombinasi rona itu bukan sahaja manis dipandang malah sesuai dengan apa jenis pakaian," katanya.

Yann berkata, elakkan memilih rona terlalu terang terutama gincu dan pemerah pipi, banyakkan bermain dengan rona-rona lembut serta semula jadi.

"Walaupun mahu tampak ringkas, mata antara elemen yang perlu dititikberatkan kerana ia seolah-olah pelengkap kepada solekan yang sempurna.

PENAMPILAN menawan di pagi lebaran.
PENAMPILAN menawan di pagi lebaran.

"Gunakan rona tanah (coklat gelap), gangsa atau keemasan dan sedikit garisan celak serta maskara.

"Jika berani boleh juga gunakan bulu mata palsu kerana kesannya lebih dramatik," katanya.

Bagi yang masih tercari idea solekan untuk pagi Aidilfitri ini, jadi Yann berkongsi langkah demi langkah solekan ringkas yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada setiap wanita.

Terima Kasih:

Jurusolek: Yann Ahmad (IG: yann_rifft)

Model: Ermisha Qiestina Hassanulfarid (IG:qiestinafarid)

Tajaan Busana: Butik Elegant Exclusive (IG:Elegantexclusiveonlineboutique).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 7:00 AM