GINGIVITIS kehamilan antara masalah dihadapi ibu hamil.
GINGIVITIS kehamilan antara masalah dihadapi ibu hamil.
Muhamaad Razis Ismail


PENJAGAAN gigi dalam kalangan wanita hamil sangat penting.

Kadangkala disebabkan masalah ibu mengandung yang sering mengalami 'morning sickness,' melampau menyebabkan penjagaan gigi sering diabaikan.

Perlu diingat, peningkatan hormon estrogen dan progesteron yang mengakibatkan mereka sering muntah, mual, perut bergas, pedih perut, pening dan sebagainya boleh menyebabkan plak gigi terbentuk selain boleh menjurus kepada gigi berlubang selain sakit gigi.

Terdapat tiga panduan yang boleh diamalkan untuk memastikan gigi sentiasa terjaga ketika hamil:

1. Amalkan penjagaan gigi sihat dari awal dengan mendapatkan nasihat doktor gigi cara efektif menjaga kesihatan mulut

a. Gunakan berus gigi yang lembut yang bukan sahaja baik gigi malah penjagaan gusi

b. Pastikan flos gigi dengan cara yang betul

c. Berkumur dengan air garam

d. Jumpa doktor gigi mengikut jadual ditetapkan

2. Jangan ambil sebarang ubat sakit gigi di farmasi tanpa konsultasi dengan doktor untuk elakkan kesan sampingan bayi.

3. Amalkan makanan sihat, diet dan gaya hidup sihat dengan mengelakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi serta elakkan juga makanan yang menggunakan bahan kimia yang tidak menyihatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 April 2021 @ 7:01 AM