HM Digital

TEKANAN darah tinggi antara pembunuh senyap kerana ia berkembang tanpa gejala. Ramai tidak menyedari mereka mempunyai tekanan darah tinggi, kecuali bagi yang menjalani pemeriksaan secara berkala.

Menurut Kajian Kesihatan & Morbiditi Nasional, sekitar satu dalam setiap tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi yang menjadi penyebab utama kematian di Malaysia.

Tekanan darah tinggi tidak dirawat atau tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, fibrilasi atrium, strok dan penyakit buah pinggang.

Melihat kesan penyakit itu adalah penting pemantauan tekanan darah dilakukan di rumah dan amalan itu terbukti dapat membantu meningkatkan kepatuhan terhadap rawatan.

Dalam meningkatkan kesedaran mengenai amalan memantau tekanan darah dari rumah, OMRON melancarkan kempen 'Lindungi Jantung Tersayang Anda, Jom Check!'

Inisiatif Omron yang juga peneraju dalam pembuatan alat pemantau tekanan darah melihat kempen berkenaan cukup signifikan dalam tiga aspek penting iaitu:

1. Bilangan pesakit menghidap penyakit boleh dicegah ini semakin membimbangkan terutama ketika menghadapi situasi tidak menentu (contohnya pandemik).

2. Pemantauan tekanan darah dari rumah secara teratur dan tepat bantu pesakit jaga tahap tekanan darah sihat.

3. Tekanan dan rasa gelisah melampau sudah menjadi sesuatu yang normal pada ketika ini yang boleh mencetuskan hipertensi (tekanan darah tinggi).

Ketepatan bacaan sangat penting dalam memantau tekanan darah dan ia perlu dilakukan setiap hari.

Omron yang mempunyai kredibiliti apabila setiap alat mengukur tekanan darah disahkan secara klinikal ketepatannya turut berkongsi tip penting dalam memeriksa tekanan darah ketika di rumah:

1. Elak bersenam, merokok dan pengambilan minuman berkafein sekurang-kurangnya 30 minit sebelum lakukan pemeriksaan.

2. Kosongkan pundi kencing anda.

3. Pilih tempat yang senyap dan tenang selain tidak terlalu sejuk atau panas.

4. Duduk di kerusi yang mempunyai sokongan baik di belakang badan.

5. Letakkan kedua-dua kaki di lantai dan jangan silangkan kaki.

6. Rehatkan tangan kiri di atas meja dengan kedudukan tapak tangan menghadap di atas selain kedudukan tangan lebih tinggi dari paras jantung.

7. Letakkan pelapik alat tekanan darah di permukaan kulit lengan dan boleh mula mengambil bacaan tekanan.

8. Untuk pastikan ketepatan bacaan, tunggu sekurang-kurangnya lima minit alat mengukur tekanan mengambil bacaan dan ulang sekali lagi dengan mengikuti semua langkah berikut.

Meskipun sudah mengikuti langkah berkenaan, ada ketika bacaan diambil tidak tepat kerana terdapat kesalahan dalam mengambil bacaan tekanan darah.

Berikut dikongsikan juga kesalahan yang biasa dilakukan mereka yang memantau ukuran BP (tekanan darah) di rumah:

1. Lilitan kaf tekanan darah (cuff) terlalu ketat boleh menjejaskan ketepatan bacaan BP. Namun dengan inovasi model terkini HEM-7156 yang tampil dengan teknologi 360∫ Accuracy IntelliWrap Cuffbantu tangani masalah itu.

2. Kedudukan kaf tekanan darah dipasang pada kedudukan salah.

3. Memakai kaf tekanan darah kedudukan terbalik (upside down).

Dengan inovasi terbaharu pada model HEM-7156 yang mempunyai spesifikasi terkini mampu tangani masalah berkenaan.

1. Dilengkapi panduan pemakaian kaf tekanan darah. Ada indikator 'OK' pastikan pengambilan bacaan betul dan tepat.

2. Pengesan pergerakan badan membantu pengguna mengambil semula bacaan apabila terdapat kasilapan pada pergerakan tubuh.

3. Pengesan hipertensi ada mengeluarkan kerlipan simbol degupan jantung jika tekanan darah sistolik atau diastolik di luar standard normal (atas 135 sistolik/ 85 diastolik mmHg).

4. Naik taraf IntelliSense Technology

  • Automatik sepenuhnya.

  • Direka khusus memenuhi keperluan dan keselesaan setiap individu.

  • Deflasi pantas dalam melepaskan injap bagi mendapatkan kadar bacaan BP kadar segera.

    Semua peranti Omron berasaskan teknologi Jepun dan mempunyai jaminan lima tahun.

    Sementara itu pembaca boleh mengimbas kod promo selain untuk pembelian dengan melayari OMRON10GDN https://guardian.com.my/index.php/pbrand/omron.html

  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 April 2021 @ 6:32 AM